Selasa, 17 Jun 2014

Piala Dunia 2014

Demam Bola!!


Aku mcm biasa Sepanyol la walaupun dah kena tapau dengan belanda tp itu baru permulaan..rilek la..
satu team lagi German..member aku cakap kalo world cup boleh pilih 2 team..hehehehe..

Perginya binatang yang bernama Sugar Glider








Genap Setahun lebih aku Konvo


ThrowBack!!
hahaha.


 ini idea abg aku sbb ayah xdapat datang masa hari konvokesyen aku...huhuhu..












Budak-budak kelas walaupun xsemua yang ada dalam gambar.. AAP229 Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan.




Ini junior-junior yang baik tahap Mak..hehehe...thnks semua..:-)



Galang Rambu Anarki-Iwan Fals

Aku sungguh terkesan bila dengar lagu ini walaupun aku belum ada anak lagi.
mungkin kerana dunia hari ini.

Iwan Fals sememangnya tidak menghampakan peminat dan rakyat indonesia dengan lagu-lagu yang berjiwa rakyat dan lagu yang merujuk kepada penegasan dan perasaan yang kuat untuk sesuatu yang boleh membela semua rakyat indonesia..aku bukan rakyat indonesia tapi aku kagum dengan perasaannya yg begitu mendalam dan diluahkan melalui unsur seni melodi yang boleh membangkitkan semangat..


picture credit to pshycobilly


Galang Rambu Anarki anakku
Lahir awal Januari
Menjelang pemilu

Galang Rambu Anarki dengarlah
Terompet tahun baru
Menyambutmu

Galang Rambu Anarki ingatlah
Tangisan pertamamu
Ditandai BBM membumbung tinggi

Maafkan kedua orang tuamu kalau
(Tak mampu beli susu)
BBM naik tinggi (susu tak terbeli)
Orang pintar tarik subsidi
Mungkin bayi kurang gizi

Galang Rambu Anarki anakku

Cepatlah besar matahariku
Menangis yang keras janganlah ragu
Tinjulah congkaknya dunia buah hatiku
Doa kami di nadimu

Galang Rambu Anarki dengarlah
Terompet tahun baru
Menyambutmu

Galang Rambu Anarki ingatlah
Tangisan pertamamu
Ditandai BBM melambung tinggi

Maafkan kedua orang tuamu kalau
(Tak mampu beli susu)
BBM naik tinggi (susu tak terbeli)
Orang pintar tarik subsidi
Anak kami kurang gizi

Galang Rambu Anarki anakku

Cepatlah besar matahariku
Menangis yang keras janganlah ragu
Tinjulah congkaknya dunia buah hatiku
Doa kami di nadimu

Cepatlah besar matahariku
Menangis yang keras janganlah ragu
Hantamlah sombongnya dunia buah hatiku
Doa kami di nadimu

Isnin, 16 Jun 2014

Selfie hA hA hA hA!

Aku mencuba untuk selfie menggunakan laptop..hahahahha
buat muka Toya..ehheheeh.

kesimpulannya aku adalah boring semasa ini.

Terima Kasih PiXect..:-D



Selasa, 8 April 2014

Penerangan Tentang diri dan aku rasa ini tidak keterlaluan.

Aku ini bercampur
Yang dulu itu seni
Sekarang ini pun seni
Seni macam internetlah
Tiada sempadan

Pakaian.
Cakapan.
Rasa-rasa Hati.
Fikiran.
Gila-gila

Ada lagi anak-anak die
Jika hurai memang tiada sempadan
Dan aku mengambil keputusan
untuk tekankan yang bapak-bapak sahaja.

Sabtu
7/9/2013

Oh Kampung Halaman

Oh Kampung Halaman
indah masa dulu-dulu
tika aku kecil
tika aku remaja
mendengar suara Mak yang selalu menyuruh untuk aku berjaya
Ayah pula menyokong suara keramat itu.
ternyata lelah dipikul ayah untuk menyara aku abang dan kakak sungguh

aku tidak mampu membalas
aku tidak mampu dalam segala.

ya aku bosan mendengar mak menyuruh.
aku bosan ayah menyokong marah degil aku.

Hari ini aku sudah peringkat kerjaya....

Aku bebas segala....

halatuju aku tentukan
tiada lagi
suara meyuruh
suara menyokong.
Aku hanya mendengar keluhan mereka meniti hari-hari
yang sungguh rahsia.
tiada siapa yang tahu bila tiba masanya.

Bohong!

aku sunyi tiada suara itu
yang aku dengar hanya tika kala sahaja.
aku risau suara itu sudah tidak titangkap oleh telinga degil aku lagi.

Aku mampukah untuk itu semua??
ALLAH aku masih belum bersedia.
masih banyak aku perlukan.
walaupun secebis
jika dibandingkan selautan jasa mereka.

Aku mahu.
Aku mahu menjadi sempurna
sempurna dimata mereka.
aku mahu.

20/01/2014
isnin

Jumaat, 6 Disember 2013

Melacur

Lama xmelacur diblog sendiri
idea-idea bodoh dan masa-masa cemburu ada
cuma aku je yang gila penat.
jadi aku ingat melacur dulu ditelefon.
nanti ada masa ia akan dilacurkan disini.
eh aku mencarut ke ni?
oh!!
Maaf.

Rabu, 12 Jun 2013

Bukit Antarabangsa

Dinding-dinding ini bukti malam ini.
Selimut ini saksi sebelum lena
Kamar ini kita bersua
tekad ke suatu tempat yang tanahnya tinggi
setinggi harapan 3 saksi tidak bernyawa tadi
Mata-mata mahu terkatup untuk tidak sabar
berdegup esok..
OK esok aku singgah sebelum ke halaman.
Selamat Malam.

Kata Orang-orang nama tempat tu Bukit Antarabangsa?

Selepas final exam,sebelum pulang.

Untuk Ayah

Antara beratus beribu
Aku salah satu
Setia menunggu nombor-nombor sabar
Tidak keluh cuma berasa simpan hati pada mereka-mereka
Mereka-mereka termasuk ayahku
Ortopedik aku xtahu apa itu
Bahasa sains perubatan yang tinggi
Yang aku tahu itu untuk tulang
Terpacul sinar syukur aku masih sejahtera
Sejahtera untuk sementara ini.
Alhamdulillah.

13.2.2012
9.30pagi
USM Kubang Kerian
p/s Ayah semoga sihat sembuh.