Selasa, 8 April 2014

Oh Kampung Halaman

Oh Kampung Halaman
indah masa dulu-dulu
tika aku kecil
tika aku remaja
mendengar suara Mak yang selalu menyuruh untuk aku berjaya
Ayah pula menyokong suara keramat itu.
ternyata lelah dipikul ayah untuk menyara aku abang dan kakak sungguh

aku tidak mampu membalas
aku tidak mampu dalam segala.

ya aku bosan mendengar mak menyuruh.
aku bosan ayah menyokong marah degil aku.

Hari ini aku sudah peringkat kerjaya....

Aku bebas segala....

halatuju aku tentukan
tiada lagi
suara meyuruh
suara menyokong.
Aku hanya mendengar keluhan mereka meniti hari-hari
yang sungguh rahsia.
tiada siapa yang tahu bila tiba masanya.

Bohong!

aku sunyi tiada suara itu
yang aku dengar hanya tika kala sahaja.
aku risau suara itu sudah tidak titangkap oleh telinga degil aku lagi.

Aku mampukah untuk itu semua??
ALLAH aku masih belum bersedia.
masih banyak aku perlukan.
walaupun secebis
jika dibandingkan selautan jasa mereka.

Aku mahu.
Aku mahu menjadi sempurna
sempurna dimata mereka.
aku mahu.

20/01/2014
isnin

Tiada ulasan: