Ahad, 12 Oktober 2014

Lipan Kenderaan Manusia


Cerita ini-Aku terbang malam ini..
Terbang awal dari seri kembangan ke permaisuri
dan menuju ke petaling street untuk
mencari sesuatu yg aku fikir
boleh memberi harapan menggunung.....

Cerita lain-Selesai perkara wajib dalam hidup manusia
aku terus kemas rapi dengan bauan mekar dihidungku sendiri..
ini tidak sabar namanya.
lalu aku pergi....

Cerita ini-Jam menunjukkan 8 lebih lebih
dan aku setia menunggu di stesen dato harun
yg satu ketika dulu aku juga mengenal kuala lumpur melaluinya..

Dan aku tunggu
Apa pun yg terjadi aku tggu
Dan tunggu.

Cerita ini-Dalam hati masih ada ke harapan menggunung tadi?
Dan aku menunggu dengan setia
 tanpa tahu sampai bila aku mahu menunggu..

Aku tunggu.
Sekejap lagi mohon muncul
Dan tunggu.

Cerita lain-Bayang2 dikaki lima ramai yg sudah keluar
dari lipan kenderaan manusia.
aku fikir die panjang berjela
dan semacam lipan..
itu lipan pembantu manusia pergi kerja!!

Cerita ini-Oh aku tahu.aku pun guna juga masa dulu-dulu
Mula-mula jakunku di Kuala Lumpur..
Ini fikiranku masa menunggu..

Cerita lain-Lipan2 itu sudah ramai yg berlalu
dan ia akan berhenti selepas jam 11malam..


Cerita ini-Aku tggu sehingga tepat jam 11malam..
Masih belum muncul
Sudah dirumah aku fikir.
Tidak mengapalah
Itu tanda rezeki aku sudah tertulis dilain masa
mungkin yg berbeza dari apa yg aku tunggu..

Terbangku tadi sia-sia?
Bukanlah!

Cerita ini-Terbang aku tandanya aku tahu
tahap mana keseriusan aku..

Ini pilihan aku..

Pilihan kali berapa aku pn xtahu..
ini ujian dan aku terima.
Jika ada mesin merentas masa.
akan ku guna sebelum aku terbang..
terbang yg membawa harapan.


Terima kasih atas pengalaman..


29/09/2014
11.55pm





Tiada ulasan: