Khamis, 1 November 2012

Perjalanan melihat malam

Perjalanan melihat malam
langsung tidak ada apa-apa
yang ada hitam
yang ada cuma warna itu
tapi kita mesti perlu tahu
warna itu pengubat keletihan
berhentilah berjalan
lebarkanlah selimutmu
untuk menjadi jantan esok hari
tutupkanlah segala cahaya ciptaan sementara
kerana cahaya bintang dan bulan

sudah cukup untuk malam indah manusia-manusia dunia..

selamat malam Mohamad Rashdan bin Isa..


29 okt 2012
pukul 12.04 pm

Tiada ulasan: