Memaparkan catatan dengan label tinta ku nukilkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tinta ku nukilkan. Papar semua catatan

Ahad, 12 Oktober 2014

Lipan Kenderaan Manusia


Cerita ini-Aku terbang malam ini..
Terbang awal dari seri kembangan ke permaisuri
dan menuju ke petaling street untuk
mencari sesuatu yg aku fikir
boleh memberi harapan menggunung.....

Cerita lain-Selesai perkara wajib dalam hidup manusia
aku terus kemas rapi dengan bauan mekar dihidungku sendiri..
ini tidak sabar namanya.
lalu aku pergi....

Cerita ini-Jam menunjukkan 8 lebih lebih
dan aku setia menunggu di stesen dato harun
yg satu ketika dulu aku juga mengenal kuala lumpur melaluinya..

Dan aku tunggu
Apa pun yg terjadi aku tggu
Dan tunggu.

Cerita ini-Dalam hati masih ada ke harapan menggunung tadi?
Dan aku menunggu dengan setia
 tanpa tahu sampai bila aku mahu menunggu..

Aku tunggu.
Sekejap lagi mohon muncul
Dan tunggu.

Cerita lain-Bayang2 dikaki lima ramai yg sudah keluar
dari lipan kenderaan manusia.
aku fikir die panjang berjela
dan semacam lipan..
itu lipan pembantu manusia pergi kerja!!

Cerita ini-Oh aku tahu.aku pun guna juga masa dulu-dulu
Mula-mula jakunku di Kuala Lumpur..
Ini fikiranku masa menunggu..

Cerita lain-Lipan2 itu sudah ramai yg berlalu
dan ia akan berhenti selepas jam 11malam..


Cerita ini-Aku tggu sehingga tepat jam 11malam..
Masih belum muncul
Sudah dirumah aku fikir.
Tidak mengapalah
Itu tanda rezeki aku sudah tertulis dilain masa
mungkin yg berbeza dari apa yg aku tunggu..

Terbangku tadi sia-sia?
Bukanlah!

Cerita ini-Terbang aku tandanya aku tahu
tahap mana keseriusan aku..

Ini pilihan aku..

Pilihan kali berapa aku pn xtahu..
ini ujian dan aku terima.
Jika ada mesin merentas masa.
akan ku guna sebelum aku terbang..
terbang yg membawa harapan.


Terima kasih atas pengalaman..


29/09/2014
11.55pm





Selasa, 8 April 2014

Penerangan Tentang diri dan aku rasa ini tidak keterlaluan.

Aku ini bercampur
Yang dulu itu seni
Sekarang ini pun seni
Seni macam internetlah
Tiada sempadan

Pakaian.
Cakapan.
Rasa-rasa Hati.
Fikiran.
Gila-gila

Ada lagi anak-anak die
Jika hurai memang tiada sempadan
Dan aku mengambil keputusan
untuk tekankan yang bapak-bapak sahaja.

Sabtu
7/9/2013

Jumaat, 6 Disember 2013

Melacur

Lama xmelacur diblog sendiri
idea-idea bodoh dan masa-masa cemburu ada
cuma aku je yang gila penat.
jadi aku ingat melacur dulu ditelefon.
nanti ada masa ia akan dilacurkan disini.
eh aku mencarut ke ni?
oh!!
Maaf.

Rabu, 12 Jun 2013

Bukit Antarabangsa

Dinding-dinding ini bukti malam ini.
Selimut ini saksi sebelum lena
Kamar ini kita bersua
tekad ke suatu tempat yang tanahnya tinggi
setinggi harapan 3 saksi tidak bernyawa tadi
Mata-mata mahu terkatup untuk tidak sabar
berdegup esok..
OK esok aku singgah sebelum ke halaman.
Selamat Malam.

Kata Orang-orang nama tempat tu Bukit Antarabangsa?

Selepas final exam,sebelum pulang.

Untuk Ayah

Antara beratus beribu
Aku salah satu
Setia menunggu nombor-nombor sabar
Tidak keluh cuma berasa simpan hati pada mereka-mereka
Mereka-mereka termasuk ayahku
Ortopedik aku xtahu apa itu
Bahasa sains perubatan yang tinggi
Yang aku tahu itu untuk tulang
Terpacul sinar syukur aku masih sejahtera
Sejahtera untuk sementara ini.
Alhamdulillah.

13.2.2012
9.30pagi
USM Kubang Kerian
p/s Ayah semoga sihat sembuh.

Rabu, 29 Mei 2013

Melayu dan dilema kita sebagai Anak Melayu

Tapi melayu kita silap dan menganggap wang itu sebagai kegunaan untuk membeli dan berbelanja bagi kepuasan diri dan bukan menganggap wang itu sebagai modal.Modal yang perlu untuk kita masa hadapan.(Olahan ayat).

"Doktor Umum.

P/s: Terima kasih untuk pesanan itu.

Selasa, 2 Oktober 2012

Layang-layang





Aku fikir
Dia fikir
Aku kesana
Dia kesana
Aku berlari
Dia berlari
Aku berhenti
Dia berhenti
Aku kekiri
Dia kekiri
Aku Kekanan
Die juga Kekanan

Semua itu nampak sama tapi mungkin haluannya berlainan.
Tentu saja ya tentu saja tidak.
Aku pun xtahu rasa itu.
Rasa yang sama dengan aku atau rasa yang mungkin tidak sama dengan aku
Kedua duanya berbeza.
Cara sama tapi haluannya berbeza?
Mungkin haluannya kearah haluan lain??
Tidak mengapalah jika ya semoga tali layang-layang itu kukuh dan keras ikatannya untuk membawa layang-layang itu.
Aku mungkin sekadar penonton ditepi padang yang hanya meminta untuk merasa tali kukuh dan keras milik pemilik layang-layang itu.
Alangkah gembira jika aku pemilik nya.

P/s: Terima kasih untuk bulan ramadhan itu.ia sebagai permulaan peganganku.
       sunyi ku hilang bila mendengar bunyi itu yang selalu bertanya khabar tentang aku.
      terima kasih sekali lagi.
                                                                                                                                         
                                                
                                             F H  -----> kite by copeland

Khamis, 26 Julai 2012

Ramadhan ke 23

Tahun ni aku berpuasa di melaka.hajat dihati ingin duit lebih sikit bagi menampung sisa sisa belajar aku yang ditahun akhir sem depan insyallah...abg aku ajak bukak gerai kat bazar ramadhan merlimau melaka..die suruh aku jaga dan handle semuanya..aku setuju,dalam fikiran aku terdetik,bila lagi aku nak berniaga sambil merasa suasana dan setelah beberapa hari berniaga alhamdulillah rezeki itu ada jika kita percaya padaNYA..

Tapi bukan itu yang menjadi tajuk utama bagi aku..tapi ramadhan ini penuh bermakna rasanya sebab aku dapat rasa dan lalui banyak perkara yang sebelum ini xpenah aku rasa..itu bagus dalam proses kita menjadi manusia..salah satunya dulu aku dimata peniaga..aku sebagai pembeli bnyak mengeluh banyak memilih dan banyak dalam segala benda.. kini aku dimata pembeli......bukan senang nak mencari sedikit rezeki..betullah kita patut bersyukur dengan ape yang kita ada...aku dapat satu  kesimpulan..dunia ini kita harus merasa segala benda barulah kita tahu apa isinya..tengok sahaja belum tentu dapat merasa..


p/s: dan aku suka rasa ini..alhamdulillah syukur...:-)

Ahad, 24 Jun 2012

Rasa manusia

perkara paling indah dalam rasa manusia adalah
apabila seseorang menghargai setiap perkara yang kita buat
dan perkara paling pedih apabila seseorang tidak pernah sedar 
pengorbanan yang pernah kita buat.



bila die sudah pergi bermakna semua sudah terlewat untuk menghargainya..

Aku suka tengok citer nih..:-O



Jumaat, 22 Jun 2012

Dalam bahasa orang putih,orang panggil dia "EXAM"







Kunyatakan pada bulan tentang rasa pada manusia.
Manusia itu adalah saya,yang hanyut leka arus dunia.



MOHON SEMUA BAIK-BAIK AJA





Sabtu, 9 Jun 2012

Mengayuh Ke bintang

Aku semakin tidak pandai untuk menggiler seperti dulu.
sudah cukup barangkali giler itu.


Perlahan aku mengayuh ke bintang itu......Insyallah dan terima kasih.



p/s:kadang-kadang suka jugak bila teringat zaman itu..

Sabtu, 2 Jun 2012

Pertama atau Kedua

Hari ini aku bukan apa-apa jika semalam tiada
semalam mengajar aku kemana aku harus pergi untuk hari ini
jika semalam aku hina
hari ini aku ada dua pilihan,
terus menjadi hina atau aku berusaha untuk sejahtera.
jika pilihan aku adalah pertama,hari-hari besok mungkin aku menyesal leka dunia.
jika pilihan aku adalah kedua.............
ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRATMU.


p/s: Bukan mudah untuk pilihan kedua itu,Insyallah.....

Khamis, 31 Mei 2012

Ramai itu Masyarakat Selaku Sahabat handai

Kadang-kadang terduga suka durja
kelilingku memang ramai
ramai itu masyarakat selaku sahabat handai
dayusnya hati, celakanya jiwa.
Desperado agaknya??
sahabat selaku warna-warna pelangi kehidupan
yang akan menconteng dinding-dinding
hati yang dayus dan jiwa yang celaka itu
akanku sahut selagi ia menconteng dengan
tatasusila agama dan adat kemegahan nenek moyang kita semua..
aku tahu pelangi tuhan itu semuanya indah-indah belaka.



p/s: mungkin aku belum bersedia untuk diconteng??




30.5.2012
2.45pm

Isnin, 30 April 2012

Pegi Main Jauh Jauh

Sendiri belum ada yang sudi untuk berbudi pada gumpalan merahku.
Sepi
Bosan..
Loser..
seksa..
Terasa..
Fucker?
Ish!! jangan mengarut..
nah ambik Gula gula, pegi main jauh jauh.
Jangan Usik aku tgh Menulis ni..
setakat ni,ini kekasihku ok!!
jangan usik nanti aku xboleh
menulis dengan sepuluh jari pada kekuncinya..
Diam!!!


p/s : fuh letih drive dari kg tadi..
         kelas pun bermula...

Isnin, 16 April 2012

Hijau Bulan Malam ini..

Adilkah dunia?
jika air mata mereka mengalir
merah tanda kecewa..
aku juga kecewa melihat senak matanya
menahan sebak harta pusaka..
seolah-olah ditindas oleh
kedayusan mengejar nama
pangkat kedudukan kemewahan
yang hanya sementara diberi oleh
Maha Agung Tuhanku..
Berabad dalam genggaman
tak pernah terfikir untuk melepaskan
ke tangan yang lain..
Tiba datang sidayus harta pusaka mahu merampas segala cara.
Bagiku tak salah sebab mereka kepala masyarakat..
tapi biarlah setimpal dengan suasana dan keringat kepayahan
mereka dalam lamanya dengan harta Tuhan manusia..



Entri buat Ayahku..semoga dapat ketanah suci Mekah.insyallah


aku tahu kamu itu islam..
aku sokong islam 100% pada yang berpegang kepadaNYA.
tapi tolong jangan tindas sesama islam.



14 april
4.00 pm

Ahad, 1 April 2012

SiBongkok 7

Setahun lagi...
tua dan belum ada yang sudi..
kenapa ye?
hairan musykil..
tengok yang lain elok-elok,molek-molek
walaupun sibongkok 7 dengan puteri ayu
sekali tambah sopan baik tatasusilanya..
sibongkok 7 ada ILMU HITAM,
kudajal meneka atau aku yang tiada apa-apa..
Huh!!mengeluh..
Jangan begitu, nanti berdosa..
Mungkin sibongkok 7 hatinya
pemurah, bersih, suci
iman lekap didada..
aku macam mana?
Bagai Bumi Dan Angkasa

Patutlah....

31 March 2012
1.36 am

Benci Itu Separuh Daripada Manusia

BENCI ITU SEPARUH DARIPADA MANUSIA
Mereka benci aku..
lalu aku berkata.
"Nate nih Bakpo Mu beci katku!!!!

BENCI ITU SEPARUH DARIPADA MANUSIA
Aku benci mereka
lalu mereka berkata
"Ko pehal Benci aku??Celaka betul lah!!!

SIFIRNYA 2X5

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN
Alam dunia berbeda sifatnya penghuninya..
mungkin pelengkap untuk semua yang ada..

Aku kecil
Betul-betul kecil

SUNGGUH-SUNGGUH..

11.47pm
29 March 2012

Rabu, 14 Mac 2012

Malam ini

Malam ini aku marah
malam ini aku rugi
adakah ia judi
atau todi?
Malam ini aku marah lagi
pada siapa aku marah?
mereka..
siapa??
Patah semuanya..
adakah patah hati
atau iri hati?
bukan..
Malam ini aku marah sekali lagi
Marah!
Marah!!
Marah!!!
aku marah kepada mereka..
itu bukan hak aku
bukan milik aku
nnti kerja dulu baru aku nak beli.
tapi tidak apelah
semoga dapat dibaiki..
maafkan aku kerana aku marah malam ini....

Selasa, 6 Mac 2012

KosOnG

k0song terasa
k0song jiwa
k0song raga
k0song-k0song
k0song kesemuanya..

Cuti semalam
17.2.2012

Rabu, 22 Februari 2012

Exam result Vs Sembilan

Esok penentu segalanya.jika ia sempurna bagi aku maka aku rasa aku perlu tamatkan semua maksudnya.. walaupun sudah berulangkali berkata maksud yang sama..kali ini mungkin lain caranya.cara lelaki yang paling tepat..bukan mahu balasan apa-apa cuma buat puaskan hati sendiri.jika ia tidak sempurna maka aku faham jauhkannya adalah terbaik..terima kasih..
                                                                                                               
 Mencari sembilan end"