Isnin, 19 Mac 2012

Ke Taiping

Alhamdulillah sampai jgk aku kat taiping.aku pergi dengan junior2 aku..korang semua mmg bez n sporting habis!!trima kasih kerana sudi berkongsi  hari hari yang indah ni ye..kteorg dari sem lepas lagi plan nk pegi nasib baik jadik jgk pegi sana..seronok sepanjang bersama kamu semua...










Alia Arina Rashdan Azizah


Rabu, 14 Mac 2012

Malam ini

Malam ini aku marah
malam ini aku rugi
adakah ia judi
atau todi?
Malam ini aku marah lagi
pada siapa aku marah?
mereka..
siapa??
Patah semuanya..
adakah patah hati
atau iri hati?
bukan..
Malam ini aku marah sekali lagi
Marah!
Marah!!
Marah!!!
aku marah kepada mereka..
itu bukan hak aku
bukan milik aku
nnti kerja dulu baru aku nak beli.
tapi tidak apelah
semoga dapat dibaiki..
maafkan aku kerana aku marah malam ini....

Isnin, 12 Mac 2012

Kampung Bunohan Tumpat,Kelantan



Aku baru balik dari ipoh..mulanya pegi ke taiping masuk zoo taiping dan singgah ipoh jap pegi tengok wayang.
dalam hati aku memang nak tengok citer Bunohan dah 2 bulan lebih aku tunggu cite ni keluar..sebab tajuk die macam interesting bagi aku sebab berkaitan dengan negeri KELANTAN. BUNOHAN dinamakan berdasarkan nama sebuah kampong di Kelantan. " Kampung Bunohan terletak berhampiran sempadan wilayah Narathiwat Thailand. Kawasan sempadan di Kelantan ini telah lama dikenali sebagai “tanah jahat’ Malaysia".(bukan ayat aku).

Nasib baik la member2 setuju nak tengok sekali..bagi aku citer ni bez la sebab mula2nya aku ingatkan cerita ni lebih kepada memperkenalkan pasal tomoi..bagi aku konflik dalam perhubungan kekeluargaan menjadi penekanan dan ia lebih terkesan dalam citer ni..Mungkin pahlawan-pahlawan kanvas putih diluar sana lebih membuka dada dalam menghurai filem ni.Aku cuma tulis cebisan2 fikiran yang mungkin kurang inteleknya berbanding mereka. Apa-apa pun aku harus juga tulis kerana ini tinggalan nenek moyangku.maaf jika tidak cerdik dalam menulis.

Ada yang menarik aku rasa yang dieorang nak sampaikan dan bagi aku xsalah dari sudut mana kite faham jalan ceritanya asalkan maksud 2 seakan-akan sampai dengan apa yang cuba disampaikan dan xsalah juga mencuba untuk berfikir dari ape yang diceritakan.Fokus dan berfikir adalah perlu untuk melihat cerita ni. inilah risiko yang diambil oleh Dain Said, seorang yang bukan apa-apa latar belakang kelantannya(jika salah sila betulkan).Dimana dia berani bermain wayang disebalik  "main puteri", "wayang kulit", "buaya jadian" dan "hantu budak".Bagi aku itu semua sudah terbiasa bagi mereka yang hidup dialam melayu yang percuma dengan cerita hidup yang penuh dengan keramat nenek moyang kita dan jahil dulu kala.

Aku suka scene yang ilham(Faizal Hussein) yang mengingat kembali kepada zaman silam dan memperlihatkan latar sebuah piramid.di sini mungkin pengarah ingin penonton kembali mengingati babak yang dimana kawan kepada ilham bertanya tentang ilham yang pernah pergi luar negara bukan mesir sebenarnya tapi Marseille perancis.mungkin pengarah menyuruh kite kembali kepada scene tersebut supaya penonton faham kenapa ilham xtahu kemana dan dimana kubur ibunya.

Babak yang agak menarik jugak mengikut kefahaman aku  yang dimana seorang budak lelaki yang "dirasuk"(aku xtau nk guna istilah ape) pok eng selepas kematiannya akibat dibunuh oleh anaknya sendiri bakar(pekin ibrahim) seolah2 jasad pok eng masuk kedalam tubuh budak tersebut.Disini pengarah cuba memperkenalkan MAIN PUTERI(sejenis perubatan zaman dahulu) yang dimana pada scene yang terakhir org kampung(bomoh jgk) cuba untuk pergi merawat budak tersebut dari dirasuk..

Kalau tengok memang banyak lagi scene2 yang bez dalam ni..aku rasa citer ni sesuai dengan jiwa aku.:-D
tapi bagi aku zahiril adzim perlu baiki lagi mutu loghat kelantannya(aku orang kelantan aku tahu sebabnya).tapi aku tahu mereka semua dah berusaha sebaik mungkin..xsemua cerita perfect even hollywood sekalipun.ada jgk yg silap samaada kite perasan atau x je.heheh..THUMB UP!!! untuk Bunohan...

Aku bukan seorang yang pandai menilai.
maaf..

Rabu, 7 Mac 2012

Aku & Mereka

Aku bila bercakap tak menang siapa
mereka ego tinggi atau tahu sesuatu
tapi tak tahu menilainya.
Fikir biarlah sampai 3 langkah kedepan
Jangan fikir hanya pada petak pertama
Sekarang boleh tahu kenapa
Aku mahu menang BERCAKAP??

Selasa, 6 Mac 2012

KosOnG

k0song terasa
k0song jiwa
k0song raga
k0song-k0song
k0song kesemuanya..

Cuti semalam
17.2.2012