Isnin, 14 Julai 2014

Awal Ramadhan Yang Aku Rindu



Awal ramadhan tahun ni aku berjaya memulakannye dikampung..dapat cuti hari isnin.maknanya 3 hari la aku dapat dk kampung..Macam biasa aku bertolak hari jumaat lepas waktu kerja.kali ni balik dengan member so ada la delay ckit waktu bertolak sbb tggu member yg tersesat datang umah..hehe..tp xpela asal dapat balik..hehehe..dan kami bertolak hampir pukul 10 malam..

aku sampai rumah dalam pukul 7 pagi..masa 2 dah cerah dah..mata xtido lagi..aku sorang yg drive..penat xde la sngt cuma mengantok..sampai je umah borak jap dengan mak dan ayah..dan sebelum tido terpikir jgk ada baik aku pegi cari lauk pauk dulu untuk puasa esk..so aku pegi la memburu dulu di Kota Bharu..mcm biasa lauk pertama yang akan dicari pada awal2 pagi adalah daging Lemmbuu..ini rare tambah plak besok nak puasa lagi la cepat habis kan..

so aku pegi la dgn anak sedara aku..adib..sampai je kat tempat menjual daging mmg aku dah jangka daging dah habis die suruh tggu sejam lagi..sbb nak ambik daging lembu yg baru disembelih..ok lah aku tggu..

sementara menunggu terpikir palk nak pegi tgk buah kurma yg berbuah hebat di Kota Bharu..so aku pegi la..sampai sana dah macam taman dah aku tgk Roundabout Bulatan jam tu..hehehe..apa lagi aku turun ambik la gambar la jgk..sbb xde la malu sngt sbb ramai org yg ambik gambar kan..hehehe



ni la anak sedara aku Adib Mukhsin


Mmg banyk yang pokok kurma yang berbuah tapi yang paling lebat ini la salah satunya  

Akhirnya watak aku pun muncul disebalik pokok-pokok kurma.:-D



Selasai je ambik gambar aku sambung la sesi memburu aku.dan hasil tangkapan aku bawak balik dan mak masakkan..aku tolong disebelah..:-)

Antara Menu2 sepanjang aku ada kat umah..xsempat nak ambik kesemua gambar makanan..ni je yg sempat..bnyk lagi sebenarnya..hehehe


 Ini paling femes bila mak tau anak-anak die nak balik umah (Ketupat Sotong)

 Hasilnya bila dah masak(kena makan sikit2 je sbb manis)

Ayam percik Rare Versi Kak Dah :-D

Robot Masa Hadapan

Aku boleh dikatakan sebuah robot yang melakukan tugas untuk hidup.
Zalim terus menerus untuk tenaga berbentuk sekeping kertas membawa kepada boleh memerintah dunia.
Memang ramai pemerintah.
Aku yakin...
Sebagai robot, aku dimana jika diukur dengan sekeping kertas sahaja.
Aku pun mahu memerintah.
Mahu ada robot seperti kau.
Tidak mengapa aku siap-siap senjata melawan dengan nada berbentuk pengalaman.
Ok?

#rezeki Allah s.w.t itu luas. in sha Allah.