Ahad, 26 September 2010

Manisan Honey Honey

Larut dalam dasar yang indah
imaginasi  ruangan tidak terbatas
merungkai mimpi mimpi keindahan.


Kesukma merasakan
adakah ia manisan honey honey?
atau hiburan hiba semata-mata.


Jika itu adalah pohonnya
cepat-cepatlah tumbuh berputik bunga
jika itu bukannya juga
mohon petunjuk pada yang Esa.

Jumaat, 24 September 2010

selamat hari raya eidul fitri maaf zahir dan batin



     Eidul fitri kali ni banyak sangat peristiwa yang menyenangkan hati. Kadang-kadang hati aku berbisik bila tibanya masa aku nak  bagi duit raya untuk anak-anak buah dan budak yang datang beraya kat umah aku..tapi tunggu aku keje la dulu.hehe..Kepada mak dan ayah  aku nak ucapkan selamat hari raya dan mohon ampun segala salah dan silap sepanjang aku hidup ni.tak lupa juga kepada adik beradik ku yang lain abe long,abe ngah,kak yah, abe nik,abe chik,abe jie,kak,joe,selamat hari raya maaf zahir dan batin.Kepada member member aku semua selamat hari raya maaf zahir dan batin jugak..

Raya ni banyak tempat aku pergi..memang betul2 raya la aku tahun ni..heheh..
maklumla dapat cuti dari bos sampai seminggu.aku gunakan cuti tu sebaik yang mungkin.log book dan report aku simpan dulu..rilek kejap.lepas raya sambung balik hehe..

Raya pertama

Macam biasa,first sekali aku pergi sembahyang raya dan lepas tu selesai je,tiba la masa  beraya memohon maaf ngan semua ahli keluarga.selesai bermaaf maafan sesi bergambar pulak.(gambar diatas)hehe.tapi sayang abe jie xpulang raya tahun ni sebab xdapat cuti..tapi xpe demi negara yang tercinta..hehe..selesai kami semua berangkat ke kg mak kat pauh butut..beraya bersama ahli keluarga disana..raya pertama selalunya lebih kepada keluarga dan sanak saudara yg terdekat..sibuk beraya disana tiba tiba plak ada org col..rupa2nya member aku da bersiap nak datang umah..jadi terpaksa la aku balik..(gambar diatas)

Raya  kedua

Kemajlis pertunangan abe nik aku..area2 kg mak aku jgk..pulau semut.. tahniah abe nik!!..selesai je kebetulan depan umah aku pun ada kenduri jadi singgah jap makan2..haha..
kebetulan pulak adam ada sekali lepas makan kteorang gerak pergi umah aainaa..kat situ la first time aku makan makaroni bakar..bezz sangat..tahnks aainaa..last sekali kami ke rumah arla member yang ni baru knl je..thnks juga kepada faiz coz sudi knlkan..

Raya ketiga

Raya ketiga mmg penuh jadual aku..dari pagi sampai pagi balik..haha..mula mula aku,adam dan mat ali ke rumah stopa(member skolah) makan mee sup..ramai gler yang datang..mee sup yang pedas dan enak..hehe..lepas tu tiba la masa yang ditunggu tunggu,ke rumah faiz..sebab kat cni member2 semua berkumpul.selasai je, kami ke rumah naimi makan roti jala dan kek.banyak la jgk kteorg amik gambar..last sebelum hari nak gelap aku ke rumah faisal pekena soto plak..mmg penuh gler perut.hahah..sebelah malam aku teman adam pergi jumpa datuk die kejap dan selesai je aku ke rumah tkah..fuh umah di happening gler..sebab sambut harijadi ayah die n sambut hari raya kire cam 2 dalam 1 la..hehe..mmg gempak la majlis 2..perut mmg xyah ckp la kenyang sepanjang hari..yang last sekali aku ke rumah iki..pun buat bbq gak..kat cni jumpe member2 form 6 dulu..ezrie pn ada.da lama aku xjumpe.tahnks semua sbb sudi jemput..


Raya keempat,Kelima,keenam,ketujuh...

Macam biasa aku gunakan sebaik yang mungkin cuti raya aku..jalan-jalan ngn member,lepak,minum2 dan semua lah..hahaah..last sekali kteorang ke lata tembakah mandi mande jap..tapi xramai yang pegi masa ni..sebelah malam hari last jumpe sebelum esk dieorang yang masih belajar balik semula kesana..kiteorg minum2 kat hayaki bez gak malam 2 sbb ramai la jgk yang datang...


Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih pada semua..raya ni aku rasa paling hebat yang penah aku rasa..banyak peristiwa seronok ngan korang semua..korang semua mmg bez beb..kita jumpa nnti cuti ni k..Selamat semua.
P/S Sori  xsempat nak upload gambar2 sepanjang hari raya.