Rabu, 25 Ogos 2010

Tired

Gambar Hiasan

Pernah x korang rasa letih yang amat sangat macam rasa nak tdo selama sebulan tanpa henti..rasa nak brenti keje selama setahun dan dk je kat umah..kalau makan nak suruh org lain tolong suapkan..rasa nak ada org gaji sebanyak yang mungkin untuk buat semua keje termasuk pakaikan stokin korang..lapkan mulut korang..ada juga rasa nak duduk atas kerusi roda n suh org lain tolong tolak kemana saja korang nak pegi...macam ni la aku nak gambarkan letih nya rasa sampai xlarat nak bangun...hehehhe..ok la tdo lu...bye

Rabu, 18 Ogos 2010

SALAH SIAPA?


“I could have annihilated all the Jews, but I left some of them so the world would know why I killed them” (Adolf Hitler)………

Should watch this true story film..

Selasa, 17 Ogos 2010

Renungan 7 Ramadhan


Inilah dunia..
Penuh dengan akalan durjana
Sudah tidak sembunyi melarikan diri sendiri
Sang suria memancar segenap semua yang ada
Keruhan air sekejap sahaja
Keruhan manusia tidak terduga sifatnya

Isnin, 16 Ogos 2010

Destinasi



 
Lelah hari hariku
Berlari menuju ke destinasi..
Karenah manis manisan
Membuatkan hidup tak menentu
Bertanyaku sepuas hati
Adegan mana harus dimulai
Diakhiri juga tidak pernah menjadi
Rasa gelap melanda inti pati hati
Cinta rasakan oleh diri
Menyuluh semula gelapan hati
Supaya mengayuh semula
Sampan ke muara destinasi….
                                                     
                                                      
                                             








Sabtu, 14 Ogos 2010

Melur dan mawar



Sang pencinta tidak pernah ada jujur dan setia
Ditangan melur dihati mawar,
Mereka tiada apa apa…
Pujangga cinta senasib rupanya
Apakan daya..
Dipaksa jangan disuruh samalah juga
Si benang emas untung rupanya
Kemana sahaja dibawa pasti habis dijual akhirnya
Terkadang buah fikiran juga
Melur dan mawar apa hendaknya
Jika mahu kain kain emas sahaja..

                                                paras rupa@kejujuran?
                                               metafora cinta

Angin


Angin terbang
Muka malu perut mahu
Ibarat cinta rangga si pemalu.
Diam pahit kelu tak berlagu..
Keluar kata malu selalu..
Jika cinta jua ketemu.
Semua nikmat
Milikku selalu..


                                                         Inspires from                                                             epic..(love movie)
 



Hujan


Hujan renyai mata sepi
Elok sejuk suram
Dikala sinar gelap kurang gelap
Pastinya kelopak mata seperti dijahit tak terbuka..
Renyai  renyai ini hanya musimnya sahaja.
Adakah kelopak lihat akan terus tak terbuka?

Iki



Teringat akan dirinya
Zaman persekolahan menjadi tanda permulaan
Patah kakiku untuk mencari ilmu
Mujurlah sahabatku sanggup memimpinku mencari ilmu
Bersama sama…
Menggunung jutaan kasih keberikan kepadamu
Lama sudah tidak bertemu
Bukan beerti salah tafsiran diri
Hanyalah kerana masa depan menghiasi diri...
Semoga kemenara bersama  juga hendaknya.
Harapan kamu sihat disamping keluarga..
                                                                                                                                                                   (faruqi zakaria)
                                                                                                                                               Memori ke sekolah bersama..

kembali mendaki

 
Peristiwa berlaku dengan sebab
Terus mara ke depan
Pancaroba sememang lumrah hidup
Jangan cuba "gostan"


Peristiwa berlaku dengan sebab
Terus mara ke depan
Masyarakat tetap masyarakat
Jangan putus asa
Jangan menyerah kalah

               
                                                                                                                           InspirasiButterfingers

Perempuan




 Perempuan…….
Adakah kamu tahu
Yang kamu adalah perempuan?
Adakah kamu ingat
Ketika hati pujangga cinta
Disiat oleh mu?
Perbuatanmu seolah-olah kamu tahu
Bahawa tiada rasa kasih dan cinta
Akan terlahir
Untuk seorang orang itu adanya
Cinta kepadamu….
Wahai sang pujangga cinta
Berdiamlah kamu
Untuk cinta tiada balas cinta….
Kerana semua masa yang telah terkorban untukmu
Cukupnya tersiksa……..
Biarkan masa berlalu dengannya……
Kerana  dengannya masa menjadi pelupa
Semuanya…..

                                                khas buat renjatan semua...

Jumaat, 13 Ogos 2010

Hening subuh..


Subuh menjelma
Untukku sedar dari mimpi…
Susahnya untuk bangun
Seperti ditabur serbuk tidur
Dimataku….
Namun tiada daya aku
Untuk aku
Melawan pada
Maha agung
Pencipta manusia….
Aku hanyalah kecil kecilan sahaja…
tanpaNYA tidaklah aku bernyawa
Didunia ajaib ciptaanya ini…
Bangunlah dari tidur…
Untuk sentiasa diberi rahmat&hidayah
Dari pencipta manusia…

Hati merah


Hati merah ini
Berlari kencang kerana
Ingin memberitahu
Bahawa diri ini
Sangat merindui kampong halaman
Namun tiadalah daya bercampur upaya
Kerana dengan secebis wang
Yang ada amatlah
Berharga bagiku untuk meneruskan
Hidup untuk mencari masa depan
Yang sudah tersedia ada…
Bersabarlah wahai diri milik tuhan…
Kerana dirimu mungkin sedang diuji…
Ingatlah benih yang telah lama kau tanam
Dilubuk hati merah ini….
Jika kamu sentiasa mengharap…
Selamanya jugalah kamu akan berharap……

           dhan
              2.4.2008
          1230
           selasa
                                                                                                                                                                                                         

Kapal terbang kertas..


Penat  keluh keringat bersatu
Lamanya tunggu habis menulis masa masa depan..
Hendak kealam fantasi nan duri duri keresahan menghalang..
Lesu tubuh tanpa alam khayalan…
Ghairah hati bila mahu bertemu alam itu?
Mahunya  aku menaiki kapal terbang kertasku
Untuk kealam itu…
Jari jari masih banyak lagi belum terkira
Untuk sampai ke situ…
Lekaslah masa depanku ..
Kapal  terbang kertas sedang menungguku….

                                           

                                                Exam part 4…(10.11.2009)
                                                 aku hidup..

Cerita hidup


Waktu berlalu pergi dengan terus tanpa henti
Ku coret sebuah puisi untuk khabar sebuah cerita
Liku liku mengajar apa itu kehidupan
Liku juga memberi kekuatan jika melintasinya
Dengarlah pendengar milik tuhan
Setiap cerita yang dituliskan
Pasti ada cerita disebalik cerita
Usahlah bersedih berair mata
Sia sia berlaku akhirnya
Berhenti sejenak….
Bernafas dibumi yang nyata
Pasti terungkai cerita di sebalik cerita.
                                           
                                             1st day binaraya pkink 9.43a.m
                        6/7/10

Mengejar mimpi

       

        Akan tiba hari kita
      untuk kita untuk semua
      seiring bersama disana
      meski perlu berusaha

c/o Mengapa hari ini bersama berlari?
      mengejar mimpi yg kan pasti
      disetiap hari yg kan nanti
      terjatuh bersama berdiri.

      Marilah kita semua
      Tuntut apa yg diminta
      Ini kerna untuk masa depan kita
      Menuju sinar bahagia

c/o Disana kita kan berlari lagi
      tuk dapat hakikat yg pasti
     disudut terbitnya mentari
     disitu semua kan terjadi.

Lirik ni khas untuk kawan kawan ku semasa ting.6 s.m.k kota..aku xsempat nak dengarkan lagu ni kepada dieorang semua sebab upper 6 aku da tinggalkan s.m.k kota...tapi sekarang mereka semua dah berjaya ke menara gading..tahniah semua...

Khamis, 12 Ogos 2010

Pesanan kepada diri..

Rabu, 11 Ogos 2010

Chosen By The People

Nama ni bukan ape-ape cuma nak gelarkan kiteorang semua je..."chosen by the people" ni dapat nama masa aku form 3..masa tu aku asyik belek-belek buku sejarah dan aku terjumpa la salah satu gambar yang kat dalam tu semua gambar gambar ahli politik.. tapi aku xpasti pasal ape..kalau xsalah pasal pilihan raya kot..(sape yang tau bleh rujukkan aku )...dalam ati ade terpikir buat nama band pun best gak ni..;-)

Aku pegang nama ni sampai skang sbb kalau disebut sebut cam bez je bunyi kan??
Gambar yang kat atas tu aku bagi tajuk Merah..sebab sesuai ngan latar belakangnye yang warna merah..hehehe..

Kalau tengok betul betul banyak yang aku nak kaitkan dalam gambar ni..kapal terbang yang menuju ke satu halatuju.....rakan dihayut arus ombak... dan................

Cinta,Perjuangan dan Persahabatan... faham makna ni msti semua tahu ape yang aku nak sampaikan....

Selasa, 10 Ogos 2010

salam diberi untuk perkenalan..

Aku masih baru dalam ruangan ni..
kalau ada ape2 mungkin disebabkan oleh aku sendiri yang lambat merungkai misteri teknologi..
Apa2 pn, trimakasih kepada abg aku...
die la yang ajar aku buat benda ni(blog)...thnx..