Sabtu, 11 Disember 2010

Merah Jambu

Bicara sahaja seluruh jiwa tersentuh olehnya
Senyap tak berura
Tapi kasih adam dan hawa
Saudara-saudara berdetik pantas
Melawan arah detikan masa
Warna indah sang pelangi pun bersetuju
Jelas tapi tiada khabaran warnanya si merah jambu
Si hijau,kuning,biru masih ada pada
garisan pelangi cuma tiada warna sang pelangi memuji
tujuh warna bandingan satu warna
Sudah cukup gambaran indahnya si merah jambu.
Bila masanya terbuka pintu 
Memancar cahaya kilauan indah dan si pari pari kembali menari
Meraikan sang pelangi menggariskan garis-garis halus 
Untuk cintanya kepada Si merah Jambu

                                                                                                                                       Mencari Sembilan..

Khamis, 11 November 2010

21

Harap tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya
 Azam aku nak sambung belajar
balas jasa mak ayah aku
lepas tu cari calon
ada rezeki lebih ape lagi..
kahwin la...
hahahahha...xde ape nak tulis...
ape2 pn thanx la kat famili n member2 yang wish kat aku..rasa terharu gler..
semoga hidup kalian semua dirahmati ALLAH s.w.t

Sabtu, 2 Oktober 2010

Sakit

Bila mahu henti?
mungkin kena jumpa pakar
esok lusa sebelum ke perak rasanya.

Ahad, 26 September 2010

Manisan Honey Honey

Larut dalam dasar yang indah
imaginasi  ruangan tidak terbatas
merungkai mimpi mimpi keindahan.


Kesukma merasakan
adakah ia manisan honey honey?
atau hiburan hiba semata-mata.


Jika itu adalah pohonnya
cepat-cepatlah tumbuh berputik bunga
jika itu bukannya juga
mohon petunjuk pada yang Esa.

Jumaat, 24 September 2010

selamat hari raya eidul fitri maaf zahir dan batin



     Eidul fitri kali ni banyak sangat peristiwa yang menyenangkan hati. Kadang-kadang hati aku berbisik bila tibanya masa aku nak  bagi duit raya untuk anak-anak buah dan budak yang datang beraya kat umah aku..tapi tunggu aku keje la dulu.hehe..Kepada mak dan ayah  aku nak ucapkan selamat hari raya dan mohon ampun segala salah dan silap sepanjang aku hidup ni.tak lupa juga kepada adik beradik ku yang lain abe long,abe ngah,kak yah, abe nik,abe chik,abe jie,kak,joe,selamat hari raya maaf zahir dan batin.Kepada member member aku semua selamat hari raya maaf zahir dan batin jugak..

Raya ni banyak tempat aku pergi..memang betul2 raya la aku tahun ni..heheh..
maklumla dapat cuti dari bos sampai seminggu.aku gunakan cuti tu sebaik yang mungkin.log book dan report aku simpan dulu..rilek kejap.lepas raya sambung balik hehe..

Raya pertama

Macam biasa,first sekali aku pergi sembahyang raya dan lepas tu selesai je,tiba la masa  beraya memohon maaf ngan semua ahli keluarga.selesai bermaaf maafan sesi bergambar pulak.(gambar diatas)hehe.tapi sayang abe jie xpulang raya tahun ni sebab xdapat cuti..tapi xpe demi negara yang tercinta..hehe..selesai kami semua berangkat ke kg mak kat pauh butut..beraya bersama ahli keluarga disana..raya pertama selalunya lebih kepada keluarga dan sanak saudara yg terdekat..sibuk beraya disana tiba tiba plak ada org col..rupa2nya member aku da bersiap nak datang umah..jadi terpaksa la aku balik..(gambar diatas)

Raya  kedua

Kemajlis pertunangan abe nik aku..area2 kg mak aku jgk..pulau semut.. tahniah abe nik!!..selesai je kebetulan depan umah aku pun ada kenduri jadi singgah jap makan2..haha..
kebetulan pulak adam ada sekali lepas makan kteorang gerak pergi umah aainaa..kat situ la first time aku makan makaroni bakar..bezz sangat..tahnks aainaa..last sekali kami ke rumah arla member yang ni baru knl je..thnks juga kepada faiz coz sudi knlkan..

Raya ketiga

Raya ketiga mmg penuh jadual aku..dari pagi sampai pagi balik..haha..mula mula aku,adam dan mat ali ke rumah stopa(member skolah) makan mee sup..ramai gler yang datang..mee sup yang pedas dan enak..hehe..lepas tu tiba la masa yang ditunggu tunggu,ke rumah faiz..sebab kat cni member2 semua berkumpul.selasai je, kami ke rumah naimi makan roti jala dan kek.banyak la jgk kteorg amik gambar..last sebelum hari nak gelap aku ke rumah faisal pekena soto plak..mmg penuh gler perut.hahah..sebelah malam aku teman adam pergi jumpa datuk die kejap dan selesai je aku ke rumah tkah..fuh umah di happening gler..sebab sambut harijadi ayah die n sambut hari raya kire cam 2 dalam 1 la..hehe..mmg gempak la majlis 2..perut mmg xyah ckp la kenyang sepanjang hari..yang last sekali aku ke rumah iki..pun buat bbq gak..kat cni jumpe member2 form 6 dulu..ezrie pn ada.da lama aku xjumpe.tahnks semua sbb sudi jemput..


Raya keempat,Kelima,keenam,ketujuh...

Macam biasa aku gunakan sebaik yang mungkin cuti raya aku..jalan-jalan ngn member,lepak,minum2 dan semua lah..hahaah..last sekali kteorang ke lata tembakah mandi mande jap..tapi xramai yang pegi masa ni..sebelah malam hari last jumpe sebelum esk dieorang yang masih belajar balik semula kesana..kiteorg minum2 kat hayaki bez gak malam 2 sbb ramai la jgk yang datang...


Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih pada semua..raya ni aku rasa paling hebat yang penah aku rasa..banyak peristiwa seronok ngan korang semua..korang semua mmg bez beb..kita jumpa nnti cuti ni k..Selamat semua.
P/S Sori  xsempat nak upload gambar2 sepanjang hari raya.

Rabu, 25 Ogos 2010

Tired

Gambar Hiasan

Pernah x korang rasa letih yang amat sangat macam rasa nak tdo selama sebulan tanpa henti..rasa nak brenti keje selama setahun dan dk je kat umah..kalau makan nak suruh org lain tolong suapkan..rasa nak ada org gaji sebanyak yang mungkin untuk buat semua keje termasuk pakaikan stokin korang..lapkan mulut korang..ada juga rasa nak duduk atas kerusi roda n suh org lain tolong tolak kemana saja korang nak pegi...macam ni la aku nak gambarkan letih nya rasa sampai xlarat nak bangun...hehehhe..ok la tdo lu...bye

Rabu, 18 Ogos 2010

SALAH SIAPA?


“I could have annihilated all the Jews, but I left some of them so the world would know why I killed them” (Adolf Hitler)………

Should watch this true story film..

Selasa, 17 Ogos 2010

Renungan 7 Ramadhan


Inilah dunia..
Penuh dengan akalan durjana
Sudah tidak sembunyi melarikan diri sendiri
Sang suria memancar segenap semua yang ada
Keruhan air sekejap sahaja
Keruhan manusia tidak terduga sifatnya

Isnin, 16 Ogos 2010

Destinasi



 
Lelah hari hariku
Berlari menuju ke destinasi..
Karenah manis manisan
Membuatkan hidup tak menentu
Bertanyaku sepuas hati
Adegan mana harus dimulai
Diakhiri juga tidak pernah menjadi
Rasa gelap melanda inti pati hati
Cinta rasakan oleh diri
Menyuluh semula gelapan hati
Supaya mengayuh semula
Sampan ke muara destinasi….
                                                     
                                                      
                                             








Sabtu, 14 Ogos 2010

Melur dan mawar



Sang pencinta tidak pernah ada jujur dan setia
Ditangan melur dihati mawar,
Mereka tiada apa apa…
Pujangga cinta senasib rupanya
Apakan daya..
Dipaksa jangan disuruh samalah juga
Si benang emas untung rupanya
Kemana sahaja dibawa pasti habis dijual akhirnya
Terkadang buah fikiran juga
Melur dan mawar apa hendaknya
Jika mahu kain kain emas sahaja..

                                                paras rupa@kejujuran?
                                               metafora cinta

Angin


Angin terbang
Muka malu perut mahu
Ibarat cinta rangga si pemalu.
Diam pahit kelu tak berlagu..
Keluar kata malu selalu..
Jika cinta jua ketemu.
Semua nikmat
Milikku selalu..


                                                         Inspires from                                                             epic..(love movie)
 



Hujan


Hujan renyai mata sepi
Elok sejuk suram
Dikala sinar gelap kurang gelap
Pastinya kelopak mata seperti dijahit tak terbuka..
Renyai  renyai ini hanya musimnya sahaja.
Adakah kelopak lihat akan terus tak terbuka?

Iki



Teringat akan dirinya
Zaman persekolahan menjadi tanda permulaan
Patah kakiku untuk mencari ilmu
Mujurlah sahabatku sanggup memimpinku mencari ilmu
Bersama sama…
Menggunung jutaan kasih keberikan kepadamu
Lama sudah tidak bertemu
Bukan beerti salah tafsiran diri
Hanyalah kerana masa depan menghiasi diri...
Semoga kemenara bersama  juga hendaknya.
Harapan kamu sihat disamping keluarga..
                                                                                                                                                                   (faruqi zakaria)
                                                                                                                                               Memori ke sekolah bersama..

kembali mendaki

 
Peristiwa berlaku dengan sebab
Terus mara ke depan
Pancaroba sememang lumrah hidup
Jangan cuba "gostan"


Peristiwa berlaku dengan sebab
Terus mara ke depan
Masyarakat tetap masyarakat
Jangan putus asa
Jangan menyerah kalah

               
                                                                                                                           InspirasiButterfingers

Perempuan




 Perempuan…….
Adakah kamu tahu
Yang kamu adalah perempuan?
Adakah kamu ingat
Ketika hati pujangga cinta
Disiat oleh mu?
Perbuatanmu seolah-olah kamu tahu
Bahawa tiada rasa kasih dan cinta
Akan terlahir
Untuk seorang orang itu adanya
Cinta kepadamu….
Wahai sang pujangga cinta
Berdiamlah kamu
Untuk cinta tiada balas cinta….
Kerana semua masa yang telah terkorban untukmu
Cukupnya tersiksa……..
Biarkan masa berlalu dengannya……
Kerana  dengannya masa menjadi pelupa
Semuanya…..

                                                khas buat renjatan semua...

Jumaat, 13 Ogos 2010

Hening subuh..


Subuh menjelma
Untukku sedar dari mimpi…
Susahnya untuk bangun
Seperti ditabur serbuk tidur
Dimataku….
Namun tiada daya aku
Untuk aku
Melawan pada
Maha agung
Pencipta manusia….
Aku hanyalah kecil kecilan sahaja…
tanpaNYA tidaklah aku bernyawa
Didunia ajaib ciptaanya ini…
Bangunlah dari tidur…
Untuk sentiasa diberi rahmat&hidayah
Dari pencipta manusia…

Hati merah


Hati merah ini
Berlari kencang kerana
Ingin memberitahu
Bahawa diri ini
Sangat merindui kampong halaman
Namun tiadalah daya bercampur upaya
Kerana dengan secebis wang
Yang ada amatlah
Berharga bagiku untuk meneruskan
Hidup untuk mencari masa depan
Yang sudah tersedia ada…
Bersabarlah wahai diri milik tuhan…
Kerana dirimu mungkin sedang diuji…
Ingatlah benih yang telah lama kau tanam
Dilubuk hati merah ini….
Jika kamu sentiasa mengharap…
Selamanya jugalah kamu akan berharap……

           dhan
              2.4.2008
          1230
           selasa
                                                                                                                                                                                                         

Kapal terbang kertas..


Penat  keluh keringat bersatu
Lamanya tunggu habis menulis masa masa depan..
Hendak kealam fantasi nan duri duri keresahan menghalang..
Lesu tubuh tanpa alam khayalan…
Ghairah hati bila mahu bertemu alam itu?
Mahunya  aku menaiki kapal terbang kertasku
Untuk kealam itu…
Jari jari masih banyak lagi belum terkira
Untuk sampai ke situ…
Lekaslah masa depanku ..
Kapal  terbang kertas sedang menungguku….

                                           

                                                Exam part 4…(10.11.2009)
                                                 aku hidup..

Cerita hidup


Waktu berlalu pergi dengan terus tanpa henti
Ku coret sebuah puisi untuk khabar sebuah cerita
Liku liku mengajar apa itu kehidupan
Liku juga memberi kekuatan jika melintasinya
Dengarlah pendengar milik tuhan
Setiap cerita yang dituliskan
Pasti ada cerita disebalik cerita
Usahlah bersedih berair mata
Sia sia berlaku akhirnya
Berhenti sejenak….
Bernafas dibumi yang nyata
Pasti terungkai cerita di sebalik cerita.
                                           
                                             1st day binaraya pkink 9.43a.m
                        6/7/10

Mengejar mimpi

       

        Akan tiba hari kita
      untuk kita untuk semua
      seiring bersama disana
      meski perlu berusaha

c/o Mengapa hari ini bersama berlari?
      mengejar mimpi yg kan pasti
      disetiap hari yg kan nanti
      terjatuh bersama berdiri.

      Marilah kita semua
      Tuntut apa yg diminta
      Ini kerna untuk masa depan kita
      Menuju sinar bahagia

c/o Disana kita kan berlari lagi
      tuk dapat hakikat yg pasti
     disudut terbitnya mentari
     disitu semua kan terjadi.

Lirik ni khas untuk kawan kawan ku semasa ting.6 s.m.k kota..aku xsempat nak dengarkan lagu ni kepada dieorang semua sebab upper 6 aku da tinggalkan s.m.k kota...tapi sekarang mereka semua dah berjaya ke menara gading..tahniah semua...